Sunday, July 3, 2011

remaja malaysia antara barisan pereka iphone4

wah..BANGGA SEH...



Tak sangka ye dalam kegilaan para remaja dengan iphone terselitnya anak muda Malaysia yang terlibat dalam mereka iphone4 menurut Timothy Lim Seng Yen Syarikat Apple telah  memberikan sepenuhnya kebebasan dalam menjana idea baru dalam reka bentuk iPhone 4 serta  berkerja dalam satu pasukan yang mempunyai latar belakang yang berbeza dalam menghasilkan gajet ini adalah pengalaman yang hebat.


sedikit info tentang Timothy Lim, pada umur 17 tahu dia dah mendapat banyak pengalaman malah lebih banyak jika dibandingkan dengan orang yang lebih tua dari dia. Beliau telah berjaya menawan Gunung Kilimanjaro di Tanzania, mengajar anak-anak jalanan Cambodia bahasa english dan membuat performance di International Jazz concert dengan Al Jarreau.tim juga memperoleh 16A1 dalam peperiksaan A-Level (2007) dan 11A dalam General Certificate of Secondary Education (GCSE)
Dia memilih untuk belajar di Stanford dan Britain’s Oxford University.Timothy memiliki dua ijazah iaitu Ijazah Kejuruteraan Biokimia serta Ijazah Pengurusan Sains dan Kejuruteraan dari Universiti Stanford Amerika SyarikatTimothy juga mengetuai kumpulan orchestra sekolahnya di Britain’s Harrow School dan memenangi National Schools Chamber Music Competition dan sekarang bekerja sebagai peganalisis sistem perniagaan bahagian pengurusan operasi yahoo inc


Saturday, July 2, 2011

BERSIH OH BERSIH


Tarikh 10 November 2007 pasti menjadi satu lagi catatan peristiwa yang mencorak kancah politik di Malaysia. Gelombang kuning yang bergerak pada hari Sabtu lepas memberi satu gambaran tentang apa yang diinginkan oleh sebahagian rakyat Malaysia. Perhimpunan Rakyat Aman di Dataran Merdeka ini dianjurkan oleh Bersih. Bersih merupakan gabungan beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut satu proses piliharaya yang bersih dan adil.

Perhimpunan Rakyat Aman atau Perhimpunan Bersih mengikut perancangan awalnya ialah berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerah satu memorandum kepada Yang DiPertuan Agong. Pihak polis telah membuat kawalan ketat dengan tidak membenarkan orang ramai masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Beberapa sekatan jalan raya juga telah dibuat di jalan-jalan menuju ke ibukota. Memorandum berkenaan hanya dapat diserahkan kepada Pegawai Istana di hadapan Istana Negara. Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub dan Azmin Ali antara yang berada di hadapan Istana Negara.

Untuk membaca cerita lanjut atau melihat gambar serta video mengenai apa yang telah berlaku pada 10 November, sila layari laman web www.bersih.org 

Menurut Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Perhimpunan Bersih ini diadakan bertujuan menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Bagi mencapai maksud itu empat perkara telah dituntut untuk dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu;

1. Penggunaan dakwat kekal yang dicelup ke jari pemilih berdaftar yang telah selesai membuang undi. Ia bagi mengelakkan pemilih sama mengundi berulangkali.

2. Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai 'pengundi hantu', pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding.

3. Pemansuhan undi pos. Pelaksanaan undi pos boleh dipertikaikan ketelusannya, terutama melibatkan dakwaan pemaksaan undi oleh pegawai atasan dan penipuan kertas undi yang sukar dibuktikan.

4. Akses kepada media yang lebih adil dan saksama bagi parti-parti pembangkang. Media massa cetak mahu pun elektronik sepatutnya bersikap lebih demokratik dan memberi ruang seadilnya kepada kesemua parti untuk menyatakan pandangan dan mesej masing-masing.


Ada di antara kita yang mungkin bersetuju dan juga tidak setuju dengan empat tuntutan di atas. Malah mungkin ada dikalangan kita yang bersetuju dengan empat tuntutan ini tetapi tidak berkenan dengan cara tuntutan itu dibuat. Ini semua bergantung kepada maklumat dan pengalaman yang kita ada tentang pilihanraya dan suasana politik di negara ini. Walau apapun pendirian kita mestilah disandarkan dengan ilmu supaya keputusan yang dibuat itu dapat disokong dengan fakta.Jadi renung-renungkan pilihan ditangan anda..